2.9.09

scene harian 1

Pagi tadi aku terlalu keletihan yang amat sangat. Letih sbb blik lewat kerana menyiapkan tugasan di pejabat. Sakit badan x terkata. Dsbbkan itu, pagi tadi aku xde mood nak ke office. Ditambah plak dgn scene yg x best berlaku -


Mama : Angkat tilam ni, mama x suka
Aku : Dah lambat, biarlah dulu
Mama : Aku x suka [dgn terus mengangkat tilam dan mencampaknya ke
lantai bilik tidur aku] – kat sini berlaku perkara yg paling x best, dan aku
malas nk ulas panjang2. nnt tambah sakit pala.

Aku akui ni aku ni seorng yg terlalu sukakan ’perfectionist’. Sehinggakan aku tidak disenangi ahli keluarga aku sendiri. ’Perfectionist’ aku ni dr segi kebersihan. Mmg dh jd pantang kalau aku nampak skit kotor yg nampak dgn mata kasar ataupun x. Sikap aku ni mmg pelik. Wpun malas nk mengemas, bila dh kemas jgn cuba usik. Aku pernah mengemas dapur sahaja, sorang2 dr tghari sampai kul 6 pagi esoknya. GILA! Bukan? Aku x tau lah ni salah satu penyakit, sindrom, atau bdn aku ni dh terkena sumpahan mana2 ke – aku pon x pastilah...


p/s: harap anda dapat memberi bantuan kepada penyakit saya ni. Aku pernah menonton Oprah dan ada penyakit2 ni datang dgn sendirinya bila u deny urself. Betul ke apa yg aku ckp ni? e.g – patient yg dh menjalani pengecilan perut yang lepas tu jadi sebesar kacang je tu, akan dpt satu penyakit ketagihan yg lain spt yg aku pnah dgr dlm Oprah is patient 2 gila lelaki lain wpon dh ada suami dan anak, suka minum arak wpon dlu dia adalah housewife yg cukup taat mjaga kebajikan umah dan suka berbelanja sakan sehingga lansung x terkawal.


Ni aku sedang stress down dari sakit pala aku. And akak bhg acc tgh pening. Mungkin pening aku dh g kt dia kot… hohohohooh…

25.8.09

BERITA PENTING!!!

Akan datang perkara baru yang akan muncul dalam hidup aku...
Nantikan kedatangannya - heeeeee!

16.8.09

-

jiwa kosong sekarang ini...
jadi jangan ganggu aku!!!

27.4.09

where's my soul

aku ini seorang yang sukar melupakan. sering kali gemar berpatah balik kepada nostalgia lama. melihat kepada manusia-manusia yang pernah aku jatuh cinta dahulu. tadi, aku menerobos masuk ke laman teman kekasih lama aku. tiba-tiba perasaan ini terus bercampur gaul. kecewa, sedih, gembira, berbangga dengan kehidupan beliau sekarang. aku tidak dapat menilai apakah perasaan ini yang sebenarnya. adakah aku cemburu melihat dirinya hari ini? aku tidak dapat akui yang mana satu perasaan ini sebenarnya. hati terus rasa berdebar. kusut otak aku sekejap. aku selalu berdoa pada Tuhan, yang aku tidak akan sekali-kali akan ingat padanya lagi. tapi, entah mengapa, aku tetap ingat untuk mengambil tahu bekenaan kisah hidupnya sehingga ke hari ini... mengapa hidup ini aku rasakan gemar bertindak kejam pada aku? berikanlah aku sedikit ruang waktu untuk meneruskan hidup tanpa kenangan silam yang melampau... aku benci dikongkong perasaan cemburu. BENCI!

ciptakan rasa cinta itu pada aku...

Love is life. All, everything that I understand, I understand only because I love. Everything is, everything exists, only because I love. Everything is united by it alone.

Leo Tolstoy (1828-1910)

19.3.09

hidup ini...indah+kucah=susah!

indah+kucah=susah...
tiap manusia impikan kehidupan yg indah. namun x smua impian adalah indah. satu rahmat diberi Tuhan, pasti satu kebaikan akan ditarik kembali. itu lumrah hidup.
kita sering menyatakan, hidup ini kejam bila keindahan bukan jadi milik kita. tp pernah terfikirkah anda apakah kebaikan yg pernah anda tunaikan...
bagi aku hari ini, impian hampir tertunai semua. namun aku tetap merasa sakit untuk menggapai impian. umpama memijak kaca walaupun sudah merangkul piala kehidupan. tetap bg aku, aku blum berjaya sepenuhnya. masih jauh perjalanan hidup aku yg perlu aku lakukan. masih byk tanggungjawab yg perlu aku lunaskan.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. kekuatan tahap paling gaban yang Kau boleh berikan...

29.8.08

///hati bungkam///

aku tau aku silap!
tapi bagamana untuk aku tunjukkan kasih sayang aku pada mu?
ingin aku peluk susuk tubuhmu dan bertentang mata denganmu dan menyatakan aku salah...