29.8.08

///hati bungkam///

aku tau aku silap!
tapi bagamana untuk aku tunjukkan kasih sayang aku pada mu?
ingin aku peluk susuk tubuhmu dan bertentang mata denganmu dan menyatakan aku salah...

14.8.08

pendengki

pendengki!
aku benci manusia pendengki
aku x punya apa
untuk apa mendengki aku
kau x untung apa pun
mana untungnya menjadi manusia pendengki?
hanya menang sekali cuma
kau agung dengan kemenangan yang kau miliki
hanya kerna menjadi manusia yang penuh hasad dengki
busuk hati!
kau x untung apa pun
kau gah dengan kebenaran yang hanya benar di mata kau
kebenaran yang kau miliki kerna orang lain hanya terpaksa mengiyakan
padahal memang kau salah
hentikanlah sikap bodoh kau itu
mendongak ke langit tanpa pernah sekali pun kau melihat ke bawah
kita hanya manusia biasa
bukan malaikat ataupun nabi apatah lagi rasul
sedarlah!
sedarlah!
sedarlah!

13.8.08

intro

aku? siapa aku? aku anak hasil orang tua aku yang amat aku sayangi.
manusia yang rebel, kadang manis, melontarkan ayat2 pedih-bonda aku sering cakap aku ni bermulut jahat, mencari teman sejati-oooops! jangan salah sangka ya; bukan teman sehidup semati tetapi teman yang sanggup mati kerana aku kerna aku juga sanggup mati kerana teman.
yang paling penting tentang aku ialah-telah mula membenci cinta. hahahahaha... gelak kejam
------------------------------------------------------------------

sakit!
nyamuk henti gigit aku...
biar aku sakit kerana membenci cinta
tapi aku tidak mahu sakit kerana gigitan mu
tolong ya...*
----------------------------------------------
apa nak jadi dengan hidup aku ni? kadang rasa aku tau nak buat apa, seperti semua sudah direncana pada malam hari-esok nak buat apa. tapi bila hari disinar mentari dan terus mengeringkan embun pagi, lansung hilang segala apa yang telah dirancang malam sebelum itu... aku ada penyakit yang paling x best-MALAS!
walaupun banyak ubat yang dah aku cuba untuk sakit aku ni, tapi x terubat juga... x payah sesiapa cuba untuk mengubatkan aku. aku x hingin. maaf. noktah!